Monday, February 16, 2009

menanti pasti. . .

menanti pasti. . . yang seakan tiada kunjung dan tiada penghujung. namun yang pastinya ia semakin menghancurkan tanpa ada kata makna cinta sekalipun. mungkin madah berbunga-bunga ini membuatkan kalian meluat, tapi ia adalah sebuah bingkisan yang mahu dibawa ke dalam hati setiap insan. jika angan yang memaksa kita berfikir sedemikian, angan itulah yang akan membawa kita ke dalam alam yang nyata. itu jika kita bersedia menjadikan angan itu sebuah yang baru. wajah baru. adakah keadaan yang memaksa kita menanti yang pasti atau menanti yang tidak pasti? sukar untuk mengungkap dengan kata-kata. . .

 

menanti sukar. . . jika kesukaran itu dijadikan alasan untuk tidak melakukan sesuatu, akhirnya kita akan menjadi manusia yang sukar. sukar adalah sesuatu yang menghalang perbuatan. namun ia tidak patut dijadikan alasan untuk kita menjadikan cinta sebagai yang sukar. hati ini sentiasa saksikan mata dan perasaan yang di atas. namun hati masih sukar untuk meyatakan kata-katanya kepada kita. sukarnya melalui kehidupan ini tanpa rasa hati dan perasaan. . .

 

jika benar mata itu kabur kenapa ia mampu menyampaikan pemandangan yang sangat indah. . . jika benar lidah itu tajam kenapa ia masih mampu mengucapkan salam pada kamu. . . jika telinga itu tuli kenapa ia masih mampu membisikkan kata-kata kepada kamu. . . jika benar hati itu buta kenapa ia masih mampu mengucapkan kata indah pada kamu. . .

 

 

~menanti yang pasti seakan-akan sebuah angan yang kosong, dan ia akan tetap menjadi anganan manusia~

2 comments:

Anonymous said...

"~menanti yang pasti seakan-akan sebuah angan yang kosong, dan ia akan tetap menjadi anganan manusia~"


>>> Anganan tidak lagi menjadi anganan andai ada usaha untuk melakukan...anganan juga tidak akan kosong selagi ada rasa untuk melakukan...kerana, sedar atau tidak angan-angan adalah sebuah niat yang belum terlaksanankan...perlu diingat ianya satu titik permulaan yang tidak akan ada titik akhirnya, selagi ada daya usaha...pasti atau x pasti hanya akan menjadi takdir, rahsia Allah yang x perlu dibicarakan...

Unknown said...

ya..

angan mat jenin..

ada realiti..

bukan angan yg kosong semata2..