Saturday, March 14, 2009

awal mac – ragam manusia

hidup, kalau ditenung takkan habis. mati, kalau di ingat pasti terasa. senangkan kalau hidup ini tidak fikirkan kedua-duanya. senang kata hidup tanpa fikirkan apa-apa yang diapa-apakan. mengarut. hdup memang macam ini. manusia takkan puas dengan apa yang dirasai. tiada rakan tak akan dihargai, ada rakan pun belum tentu. entah mengapa kadang-kadang apa yang kita lakukan senang-senang dicampak dan dilempar tanpa dinilai dan dihargai. walaupun ia hanya kerja yang secebis sahaja.

aku baru sahaja menghabiskan minggu ini dengan nada yang sangat semput dan tercungap-cungap. sampaikan aku lupa dengan tanggungjawab yang aku pikul. promosi filem. tekanan. banyak. macam-macam. tapi apa yang aku rasakan adalah sebahagian yang sangat sempit. sempit pemikiran. sempit kawan. kenapa benda macam ni jadi? bukan aku tak kata, tapi kerana ego ia terjadi. aku taknak katakan apa yang aku maksudkan. aku juga taknak katakan siapa yang aku maksudkan. biarlah dia dengan diri dia. masakan masa yang jadikan begini. tetapi silam yang jadi sejarah. biarkan.

aku semakin kenal siapa diri aku. aku juga semakin kenal siapa lawan dan siapa kawan. jujurnya aku bukan seorang yang pandai bercakap. aku tak petah. mulut aku tak ligat seperti kalian. aku gagap. jadi aku susah nak berkata-kata dengan penuh perasaan. aku susah nak berkata-kata dengan nada yang tenang. aku susah nak berkata-kata untuk melawan kata-kata kalian. mungkin itu kelemahan aku. aku terima. walau apa yang kalian kata pada aku, samada ia pahit atau manis, aku telan dengan nada yang sinis. walau hati sakit. walau hati suka. tetap aku terima. kelemahan yang Tuhan beri ini ada kelebihannya. aku percaya. kalian juga patut percaya.

kepada sesiapa yang mahukan aku sebagai seorang rakan, terimalah. dan juga mahu terima aku sebagai musuh, ambillah. tiada siapa yang akan halang. kecuali kalau Tuhan tidak benarkan. manusai kan. pelbagai. ada yang itu. ada yang ini. yang di sana begini. yang di situ begitu. kalau kalian ingat sewaktu kalian kecil, apa yang kalian impikan ketika kalian berangan seperti sekarang? taidak sama apa yang diangankan sekarang. segalanya seperti angin yang singgah untuk menyejukkan hati yang resah.

hati semakin kusut. jiwa semakin terbeban. akal ditanggung fikir. semakin sibuk. semakin malas. semakin kosong. semakin lupa. aku seorang yang pelupa. akhir-akhir ini aku kerap menjadi pelupa. ada yang sesuatu akan berlaku ke pada aku? entahlah. biarkan. malas aku nak fikirkan lagi. jadikan aku terkongkong di dalam ruang yang sempit.

entah apa yang perlu dilakukan semasa jiwa terawang-awang. sakit. perut meragam. kepala sakit. migrain. dada pun sakit. hati lagi sakit. lebih menyakitkan kalau dihiris dengan kata-kata yang sangat sinis. dunia. ibarat perut. disi dengan pelbagai ragam. belajar dari satu perkara. itu kena ingat.

 

 

sudah-sudah. . . .

 

malam-malam. . . .

 

perut meragam. . . .

 

adoi la. . . .

 

nite!

No comments: