Friday, August 28, 2009

kenapa ayam tidak mahu berkokok di sini?

 

 

dikala hening subuh, ayam masih belum berkokok. kerana apa? kerana subuh yang muncul ini sedang berada di hutan yang tak punyai hati kasihan. sebuah taman yang tak punyai perasaan. sebuah tempat yang tak punyai kemanusiaan. sebab itu ayam tak sudi berkokok di tempat ini. jika direnung keadaan yang mendatang, tidak semua yang dirasa akan dapat dirasai. tidak juga mahu merasakan apa yang dilihat, ditenung, dipandang, dan diapa-apakan.

ketika aku berlari-lari mahu mencari gunung, pendakian yang aku cuba sering kali dibayangi oleh kelemahan diri sendiri. jiwa bagai disentap. disentap dengan kebencian manusia yang tidak mahu melihat aku sampai dipuncak gunung. kenapa ada yang memandang sinis dengan setiap usaha yang kita mahu lakukan? kenapa ada saja yang sering mempersoalkan kemahuan yang diingini? sangat diri sendiri.

mulut berkata tidak sama seperti hati yang berkata. jiwa berkata tidak sama seperti mulut dan hati berkata. ketiga-tiganya saling tidak sama walaupun ketiga-tiganya berada di satu tempat yang sama. lihat, walaupun dalam diri sendiri terdapat tiga yang berbeza, namun ia masih lagi setia bersama yang satu. hebat! tetapi manusia tidak tahu kehebatan itu. mereka buta!

di waktu aku sedang merepek, hujan dengan hati yang tenang mencurah-curah membasahi ruang-ruang yang sempit. walaupun apa yang aku tulis ini tidak akan difahami oleh sesetengah manusia, namun ia masih berguna untuk aku dan diri aku sendiri. untuk berkata-kata amat mudah tetapi untuk berfikir perlukan kata-kata yang ikhlas.

sekian.

No comments: