Thursday, August 27, 2009

Nota kelas Screen Criticism. . . .sangat berwarna-warni!

 

 

 

IMG_7754

 

aku tak tahu apa yang terjadi. tiba-tiba sahaja nota aku jadi begitu berwarna warni. di dalam kelas, Norman Yusoff menerangkan tentang ‘Film Genre’, hakikat apa itu genre filem. apa yang dikatakan genre oleh Steve Neale ialah ;

are not to be seen as form of textual codification but as system of orientation, expectation, and convention that circulate between subject, text and industry.

siapakah yang menentukan genre sesebuah filem itu? adakah penerbit? ya, penerbit berhak menentukan genre filem yang akan diterbitkan. adakah pengarah? ya, pengarah berhak juga. bagaimana pula penonton? penonton kadangkala tidak sependapat dengan penerbit dan pengarah. pengkritik filem? mereka ini serba tahu untuk menentukan genre filem. persoalannya, siapakah yang lebih layak menentukan genre filem itu sendiri? semua orang boleh kerana untuk menetukan genre sesebuah filem masih lagi terbuka. apa kata anda pula?aku pening dengan kelas ini.

dalam pada mendengar pensyarah membebel, aku seperti biasa dilanda ketiduran tahap gaban. mata pejam celik. untuk menghilangkan semua itu aku mewarnakan nota aku dengan kawan aku punya.pada mulanya aku saja conteng.lama-lama aku tenung, wah!cantik juga aku conteng. terus galak menconteng. akhirnya jadi begini di akhir kelas. tak pernah nota aku secantik ini.

 

wah!

 

No comments: