Friday, August 28, 2009

Lebih mudah juara jika pakaian merah~Manchester United

cwc3

 

BERLIN – Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik psikologi sukan Universiti Munster di sini mendedahkan bahawa warna merah ialah rona untuk pasukan yang sering mencipta rekod sebagai juara, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut kajian penyelidik Jerman yang diterbitkan dalam keluaran terbaru jurnal New Scientist, pemain yang memakai topi, jaket atau pakaian berwarna merah memperoleh 10 peratus lebih peluang sebagai juara dalam mana-mana perlawanan berbanding jika memakai warna lain.

Pakar percaya bahawa warna merah mampu menjadikan seseorang atau sesebuah pasukan berasa lebih yakin dan dinilai oleh pihak lain sebagai lebih agresif serta dominan.

Antara pasukan sukan yang memakai pakaian merah ialah kelab bola sepak Manchester United dan Liverpool yang masing-masing mencipta rekod sebagai juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 18 kali manakala Arsenal turut menguasai tangga teratas lebih lama daripada pasukan lain.

Pasukan kebangsaan England di bawah pimpinan Bobby Moore muncul sebagai juara Piala Dunia ketika menjadi tuan rumah pada 1966 juga memakai jersi merah sebelum prestasi mereka jatuh setelah ditukar kepada warna putih. – Agensi

 

 

Glory-Glory Man United!!!

 

No comments: