Tuesday, March 31, 2009

april fool

  1. siapkan tesis bab 1.
  2. siapkan report bengkel serta penyelarasan.
  3. siapkan ETR.
  4. siapkan hari skrin.
  5. siapkan EKSPEN.
  6. siapkan RCK.
  7. siapkan animasi.
  8. smf.
  9. fesma.
  10. hati.
  11. jiwa.
  12. perasaan.
  13. masalah.
  14. diri sendiri.

 

apa-apa la dengan april fool!

30 minit di ‘kandang’

sebentar tadi, aku meluangkan masa makan di kandang bersama seorang rakan. biasalah. kehidupan kami di sini. kelas, kandang, kelas. rutin yang mungkin harian dan mungkin mingguan. perkara yang aku selalu buat pabila melawat kandang. perhati,perhati,perhati.

aku memilih untuk makan nasi lemak kukus lauk rendang kerang. semalam pun ditempat yang sama. lauk yang sama. cuma yang aku tertarik adalah sekitar kandang. aku lihat pelbagai ragam. sepasang kekaseh yang tanpa segan silu bermanja-manja di depan aku. siap berpeluk. sekumpulan ‘mak nyah’ berjalan ke arah kedai makan. dada memang dah timbul walaupun tak sebesar dada perempuan. geli. seorang amoi menjual DVD Pirate meja ke meja. nasib aku tak berminat sangat nak beli. tengah saving duit. sepasang mata memandang curi aku. aku membalas pandangan itu. seperti dipanah.haaaaa. macam-macam. itulah kehidupan yang manusia sering kehendaki. ia boleh menjadi keperluan. bila menghendaki sesuatu manusia pasti mahukannya menjadi realiti.

tapi aku tak rasa mengapa aku perlu melakukan seperti mereka lakukan. rakan yang menemani aku ada berkata, “budak tu masa bulan puasa lepas gaduh dengan awek dia, kesian aku tengok,”aku seperti merasakan perasaan yang sama. begitu sesintif terhadap perasaan seperti itu. kenangan.heeee. aku bukan mudah melupakan, tapi aku susah hendak mengingat. juga bukan senang untuk melahirkan sedangkan apa yang jiwa aku mahukan susah mahu diluahkan. maka aku luahkan di sini. tak salahkan wahai pembaca-pembaca aku.

sedikit aku terasa ketika menjejaki kaki dikandang, aku terasa keseorangan.

kursus kahwin

“kau bila nak datang?”kakak aku telefon.

aku jawap,“sabtu boleh  tak?akak ada kat rumah ke?”

“sabtu dan ahad akak ada kursus kahwin,”aku sedikit excited.

“alamak, macam mana ni. rabu boleh?”

rabu akak cuti. datanglah,”jemput kakak aku.

kursus katne?”aku mahu kepastian.

kat sini jer. setiawangsa,”

apsal tak buat kat kuala selangor?”

jauhlah. abg wan takda masa nak ke sana. kat sini dekat.”

owh.ok,”ringkas dari aku.

 

fuh. nak kahwin dah kakak aku. amin.

ruang untuk aku.

aku rasa aku perlukan ruang. ruang untuk bernafas.

rasanya aku sudah jemu menghadapi kejadian yang sama. kawan punya kawan ada mengatakan aku sudah tidak seperti dulu. namun aku gembira. ruang untuk aku masih ada.

teringat kata-kata seseorang,”kau cool,”celah mana entah. keyakinan itu ada tapi masih tiada ruang untuk meyakinkan. semua masih samar.

tadi aku beli lima jajan. Corntoz 3. Bytes 1. Potato Chips 1. banyak aku beli. aku makan sorang. dah lama aku tak makan jajan banyak macam ni. mungkin ini ruang untuk aku lagi. tergambar ketika kanak-kanak. zaman kuat makan jajan.

hyper active. satu penyakit. ya. memang ia penyakit. baru aku tau. dan aku sudah jumpa orang yang hidapi penyakit ini. kesian. mungkin aku perlukan ruang untuk memikirkan penyakit ini. adakah aku juga seperti mereka.

ruang aku masih banyak belum terisi.

legenda

dulu, kisah aku kecil. sewaktu kanak-kanak. seusia itu aku tak mengenal dunia lagi. tak tahu apa itu kehidupan. hanya tahu bermain, bermain dan terus bermain. diherdik. melawan. dimarah. melawan. dipukul. melawan.

aku masih ingat, selalu aku fikir, bagaimana aku yang masih kecil ketika mampu untuk membesar sampai sekarang. pelikkan. terlalu kompleks. kita selalu fikir masa hadapan tetapi kta tak fikir masa sekarang. itu yang mejadikan kita begini. mahu kembali ke masa lepas untuk perbetulkan kesilapan dan kealpaan.

 

manusia mudah lupa. tetapi manusia juga senang mengingat.

Monday, March 30, 2009

MELAYU

Melayu. Melayukan diri kamu. Melayu sudah hilang di dunia. menangislah lagenda Hang Tuah. Melayu tiada jatidiri. dipaksa dek arus zaman yang menongkah arus. Melayu hilang. kenapa begini? Melayu punyai hati yang halus. terlalu merendah sehingga sanggup dipijak. mana semua itu?  tempat sudah tersedia. tersedia untuk Melayu. begitu selesa. sehingga lupa. Melayu mudah lupa. lupa dengan keselesaan yang diberi. tidak mendengar, membaca danberkata dengan dunia.

 

nasib Melayu kini. . . . . . .

Sunday, March 29, 2009

kerjo. . .akeh!

esok – bangun pagi. kelas bengkel. post moterm. siapkan report. 2 report. buat penyelarasan. balik. fikirkan kerja lain. kena hantar skrip adaptasi.

lusa – bangun pagi juga. kelas ETR. dengar dia membebel. susah nak faham. fikiran melilau entah kemana. selalu buat macam ni. tak minat langsung. balik. fikir kerja lain lagi.

tulat – bangun la pagi. kelas blac box. meeting hari skrin. semakin membosankan. balik. lepak makan tidur. kelas adaptasi. itu pun kalau ada. takda. balik. fikir kerja lain. tidur lewat.

khamis – membuta sampai nak bangun. siap2. kelas RCK. kalau ada lah. selalu takda. 3 kali je ada kelas ni. dari januari. sempoi. balik. fikirla lagi kerja2 yang banyak. siapkan montaj.

jumaat – bangun awal beb. kelas animasi. hantar montaj yang tak berapa cantik. tunjuk progress final projek. kematu dalam kelas. 4 jam beb. balik. solat jumaat. fikir nak balik kampung tak.

Tuesday, March 24, 2009

kurang di ajar!

kurang ajar.

 

apakah yang patut dimaknakan dari perkataan di atas?

 

selfish.

 

apakah makna perkataan di atas?

 

tinggi diri.

 

apakah kaitan perkataan di atas?

 

sombong.

 

adakah aku sombong?

 

kurang ajar.

 

aku macam tu ke?

 

tapi kau orang semua lagi kurang ajar!

Monday, March 23, 2009

pantun cela

awan di atas sedang berarak

tanah di bawah dipijak-pijak

cela hati tidak terdetik

cela jiwa ditarik-tarik

Saturday, March 21, 2009

rimas & sibuk

semua yang dituju telah lama ditinggalkan tanpa sebarang sangsi dengan apa-apa. masihkah kau mahu menjaga aku dengan nada penyibuk atau nada penyempit?

 

aku tak tahu mahu mengatakan apa dan mengapa berlaku sedemikian. yang aku rasa sekarang jiwa aku semakin tenang. tapi kau semakin cuba dekat dengan aku walaupun kau mengatakan tidak dan kau tak sedar itu semua. aku tak suka. kau masih membayangi aku. aku rimas. kau penyibuk. keluar kau dalam hidup aku. tidakkah kau sedar dengan apa yang kau lakukan sekarang ini begitu menyentap jiwa aku. kau cuba sekali lagi untuk membuta-butakan aku. kau cuba untuk mengula-gula aku. kau cuba untuk memekakkan aku. kau cuba menutup aku. kau fikir aku ini bodoh. kau fikir aku ini kanak-kanak. kau fikir aku ini hanya tahu diri sendiri. apa yang kau cuba fikirkan. apa yang kau cuba lakukan kali ini. apa yang kau mahu dari aku.

 

* * *

 

terusik jiwa aku dengan keadaan sekarang. mereka langsung tidak tahu apa yang mereka lakukan. sampah. anjing. kutuk.

Wednesday, March 18, 2009

kalumpang

picture 073 picture 114 picture 119 picture 134 picture 045

 

 

p/s : rindu nak pergi mandi kat kalumpang. . . .siapa bisa menemani saya?

Sunday, March 15, 2009

novel : adaptasi drama atau filem. . .mana lebih berkesan?

baru-baru ini pada 14 Mac 2009 aku ada menghadiri Bicara Penerbitan, Novel : Adaptasi Ke Drama dan Filem. Mana Yang Lebih Hebat? seminar ini anjuran pelajar semester 5 Sarjana Muda Penerbitan, Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media. tempat kejadian di Dewan Annexe UiTM Malaysia. aku datang lambat 5 minit kerana kehujanan. walaupun dalam hati terasa gundah kerana lambat (takut2 terlepas perkara yang penting) sampai di tempat kejadian, seminar masih belum bermula. aku sangat teruja untuk menghadiri seminar ini kerana pada semester ini aku ada mengambil subjek Adaptasi Karya. jadi serba sedikit aku mahu menambahkan lagi pengetahuan tentang ilmu adaptasi. menarik juga kalau ia dipelajari. tapi sedikit kepayahan kerana ia sesuatu yang rumit.

aku menulis ini bukan nak komen berkaitan pengurusan. tapi aku sedikit kecewa dengan cara pengurusan seminar ini. biar aku luahkan sedikit supaya ada penambahbaikan. lama juga aku menunggu untuk majlis bermula. lebih kurang jam sepuluh lebih baru majlis bermula. aku tak paham kenapa. diposter jam 8.30 sepatutnya majlis sudah bermula tetapi kekosongan yang kami tunggu diantara jam lapan hingga sepuluh tidak diisi dengan apa-apa aktiviti. mungkin bagi aku panel jemputan lambat. tapi kami dibiarkan kesepian. aku taknak komen lebih-lebih. takut ada yang menyalahkan. yang aku sungguh tertanya-tanya, perjalanan majlis amat asing bagi aku. pelik. protokol sangat pelik. tak pernah aku jumpa protokol majlis sebegini. tapi takpe. pengisian majlis lebih penting. ini yang aku betul-betul nak komen.

panel yang di jemput ialah Jamal Khan, Pengarah Drama, Samsiah Mohd Nor, Novelis, Norden Mohamed, Pengurus Besar Alaf 21, Maizurah, Penulis Skrip dan juga moderator yang sepatutnya mengendalikan seminar (tak nampak pun) iaitu Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar, Pengacara RTM yang versatil. Beliau tidak datang (aku tak tahu kenapa dia tak datang) dan digantikan dengan orang lain. majlis dimulakan dengan moderator bertanyakan pendapat panel-panel tentang adaptasi. aku setuju dengan semua pendapat panel-panel kerana apa yang mereka cakap sama dengan apa yang aku dapat di dalam kelas.

cuma aku sedikit kecewa lagi kerana tiada seorang pun ahli panel mempunyai latarbelakang filem. Jamal Khan mungkin ada latarbelakang filem tapi beliau lebih kepada drama tv. mungkin kalau nak kata proses adaptasi novel ke filem dan drama adalah sama, perbezaannya banyak yang ketara kerana bagi aku proses adaptasi ke filem lebih rumit. komersialnya perlu difikirkan. sebab penonton filem di Malaysia menonton filem untuk berhibur bukan untuk berfikir. mungkis sebab itu filem-filem adaptasi di Malaysia tidak mendapat sambutan. lain di Hollywood, 70% filem-filem yang Box Office dan menang anugerah adalah dari file adaptasi. kita tak boleh bandingkan dengan Hollywood. jauh panggang dari api.

masalah besar yang aku nampak di dalam industri filem kita ialah kekurangan content yang bagus. aku sangat setuju apa yang diperkatakan oleh Jamal Khan, kita perlu terus mengadaptasi novel ke filem atau drama kerana kebanyakan novel-novel di Malayisa sangat bagus content nya. kebanyakan skrip yang ada semua sampah. itu kata-kata Jamal Khan. sedikit kasar. tapi ia realiti. tengok sahaja Hollywood (bukan nak bandingkan tetapi jadikan contoh untuk penambahbaikan), mereka sudah kehabisan idea untuk mengahasilkan filem, nak tahu apa yang mereka buat untuk mengatasi masalah mereka? mereka ambil novel-novel dan komik-komik yang popular untuk di adaptasi ke layar perak. apa yang terjadi filem-filem ini sangat mendapat sambutan. tak mampukah Malaysia melakukan sedemikian? mungkin masalah kewangan jadi punca mengapa ia begini. . .

novel mempunyai ruang lingkup yang tidak terbatas manakala drama dan filem terbatas. sebab itulah di Malaysia kebanyakan novel lebih selesa di adaptasi ke drama bersiri. ia lebih panjang dan lebih menarik. semua boleh masukkan. tak timbullah karya novelis diperkosa. mana perginya pengkarya yang hebat? mana perginya mereka? sampai bila kita perlu merintih mengenang nasib industri kreatif kita? biarkan. aku percaya suatu hari nanti pasti ada yang mampu mengubahnya.

 

 

siapalah aku dalam banyak pengkarya. . . .

Saturday, March 14, 2009

awal mac – ragam manusia

hidup, kalau ditenung takkan habis. mati, kalau di ingat pasti terasa. senangkan kalau hidup ini tidak fikirkan kedua-duanya. senang kata hidup tanpa fikirkan apa-apa yang diapa-apakan. mengarut. hdup memang macam ini. manusia takkan puas dengan apa yang dirasai. tiada rakan tak akan dihargai, ada rakan pun belum tentu. entah mengapa kadang-kadang apa yang kita lakukan senang-senang dicampak dan dilempar tanpa dinilai dan dihargai. walaupun ia hanya kerja yang secebis sahaja.

aku baru sahaja menghabiskan minggu ini dengan nada yang sangat semput dan tercungap-cungap. sampaikan aku lupa dengan tanggungjawab yang aku pikul. promosi filem. tekanan. banyak. macam-macam. tapi apa yang aku rasakan adalah sebahagian yang sangat sempit. sempit pemikiran. sempit kawan. kenapa benda macam ni jadi? bukan aku tak kata, tapi kerana ego ia terjadi. aku taknak katakan apa yang aku maksudkan. aku juga taknak katakan siapa yang aku maksudkan. biarlah dia dengan diri dia. masakan masa yang jadikan begini. tetapi silam yang jadi sejarah. biarkan.

aku semakin kenal siapa diri aku. aku juga semakin kenal siapa lawan dan siapa kawan. jujurnya aku bukan seorang yang pandai bercakap. aku tak petah. mulut aku tak ligat seperti kalian. aku gagap. jadi aku susah nak berkata-kata dengan penuh perasaan. aku susah nak berkata-kata dengan nada yang tenang. aku susah nak berkata-kata untuk melawan kata-kata kalian. mungkin itu kelemahan aku. aku terima. walau apa yang kalian kata pada aku, samada ia pahit atau manis, aku telan dengan nada yang sinis. walau hati sakit. walau hati suka. tetap aku terima. kelemahan yang Tuhan beri ini ada kelebihannya. aku percaya. kalian juga patut percaya.

kepada sesiapa yang mahukan aku sebagai seorang rakan, terimalah. dan juga mahu terima aku sebagai musuh, ambillah. tiada siapa yang akan halang. kecuali kalau Tuhan tidak benarkan. manusai kan. pelbagai. ada yang itu. ada yang ini. yang di sana begini. yang di situ begitu. kalau kalian ingat sewaktu kalian kecil, apa yang kalian impikan ketika kalian berangan seperti sekarang? taidak sama apa yang diangankan sekarang. segalanya seperti angin yang singgah untuk menyejukkan hati yang resah.

hati semakin kusut. jiwa semakin terbeban. akal ditanggung fikir. semakin sibuk. semakin malas. semakin kosong. semakin lupa. aku seorang yang pelupa. akhir-akhir ini aku kerap menjadi pelupa. ada yang sesuatu akan berlaku ke pada aku? entahlah. biarkan. malas aku nak fikirkan lagi. jadikan aku terkongkong di dalam ruang yang sempit.

entah apa yang perlu dilakukan semasa jiwa terawang-awang. sakit. perut meragam. kepala sakit. migrain. dada pun sakit. hati lagi sakit. lebih menyakitkan kalau dihiris dengan kata-kata yang sangat sinis. dunia. ibarat perut. disi dengan pelbagai ragam. belajar dari satu perkara. itu kena ingat.

 

 

sudah-sudah. . . .

 

malam-malam. . . .

 

perut meragam. . . .

 

adoi la. . . .

 

nite!

Monday, March 9, 2009

Tuhan Pun Tahu. . .

 

“kalau kita fikir kita senang nak kata orang itu senang dengan kita, boleh je. tapi tak tahu apa maksud disebalik kata2 yang kita luahkan. sebenarnya apa yang kata dan mengata adalah melambangkan diri sendiri.”

 

aku susah mencari kawan.kawan serapat mungkin.kalau ada pun kawan ketawa dan kawan belajar. dalam hidup aku, aku tak pernah rasai erti sebenar berkawan. erti sebenar rasa sahabat. tapi dalam pencarian pasti ada kepahitan yang patut dirasai. dulu sekolah, selalu gaduh. benda kecil. sampai berminggu2 tak bertegur. even sampai sekarang aku tak lagi tegur dia. hahaha. tak tahu kenapa. ada yang memang geng. baik gilalah. tapi sebab benda kecil, gaduh. juga tak tegur sampai sekarang. mungkin zaman budak2 kot. hanya melakukan mengikut perasaan. dulu budak2 berkawan untuk bermain, tapi berkawan sekarang untuk apa? untuk diri sendiri atau untuk apa? hmmm. aku rasa untuk mencari erti kehidupan. merasai kehidupan sebagai hamba Tuhan. Tuhan pun tahu apa yang manusia lakukan.

sekarang dah ada kat universiti. keadaan amat berlainan. lain sangat. bukan macam kene heret dengan ayah. melawan sikit, habis kena belasah. tapi sekarang dah besar. pendekatan pun kenalah lain. bukan didekatkan dengan cara kanak2 tapi dekatkan dengan pemikiran. memang susah kehidupan ini kalau kita tak tahu apa yang nak diisi dalam diri. sesukar mencari siapa kawan dan siapa lawan. sesukar mencari siapa kasih dan siapa kisah. mula2 aku daftar sebagai sebahagian dari universiti. aku tak tahu siapa yang perlu aku rujuk dan siapa perlu kawan. sebab semuanya jadi seperti sebuah kehidupan yang sangat baru. aku keseorangan mencari identiti. identiti sendiri sukar sangat ditemui. setelah dua tahun, baru aku temui identiti aku. tapi bukan sepenuhnya. masih samar. kawan sangat penting. penting bagi aku. untuk mencari diri aku yang sebenar. yang selalu bertopeng dalam kehidupan.

setelah bermeditasi selama diri aku mahu. akhirnya aku selesa dengan keadaan yang dialami. senang sangat. tapi masih ada sedikit kekosongan. mungkin kekosongan itu unutk cinta aku. mungkin. bilalah kau mahu datang wahai cinta? sebenarnya aku mahu kalian tahu. bahawasanya aku adalah diri aku. selamanya diri aku. sekaliannya aku adalah aku yang mahukan kepastian.

 

 

p/s : sekarang pun masih sukar untuk mencari keselesaan….adoi!heh. . . .

Sunday, March 8, 2009

promosi filem or . . . .Sayang You Can Dance!

pertama sekali, aku menang tiket tayangan perdana untuk filem Sayang You Can Dance. sayang sekali aku tak dapat datang kerana diri sibuk dengan bermacam2 hal yang patot disibukkan. tak sangka pula boleh menang tiket perdana tu, rezeki. tiket tu kene tuntut kat FINAS. jadinya aku terus tidak bersemangat nak tengok sebab malas nak pergi ammik kat FINAS. jauh beb. jadinya aku tanyakan pada kakak ku yang tercinta samada mahu tengok tak filem tu. sebab tayangan perdana filem itu dibuat kat Pavilion dan kakak aku bekerja disitu. dan bakal abang ipar aku mengambil tiket tu kat FINAS. tapi dapat satu tiket jer. ingat dpat 3 or 2 tiket. hampeh betol! penghujungnya, kakak aku pun tak jadi tengok sebab 1 tiket je kot. memang hampeh. aku kata pada kakak ku simpan jer benda2 yang dapat dari FINAS tu sebab aku nak simpan. harap2 kakak aku singgah kat puncak.duit takde. . . . . .

 

keduanya, bengkel penulisan lirik. pun hampeh gak. panggil meeting semua tak datang. send mesej semua tak balas. ingat takde masalah la nak jumpa. hujungnya meeting ngn ezwan mokhtar. hahahaha. meeting kat TESCO. bolehlah. daripada saket hati dengan budak2 ni naseb baek ada gak orang ajak berjalan. terisi jugak malam tu. cantek. . . .

 

ketiganya, malam promosi file yang semakin hampir dijiwa dan semakin dekat di mata. jiwa seperti tertekan. yang di atas hanya tahu berkata dan mengata. yang di bawah hanya tahu bergerak dan tergerak. hanya menekan  yang menjadi penyelesaian. tapi takpe. yang dibawah lebih tahu apa yang dibuat dari yang di atas hanya tahu berkata dan mengata. itu lebih baik dari berkata-kata tanpa ada kebenaran.

 

akhirnya, Man United menang! memburu piala yang ketiga. kemudian keempat. seterusnya kelima. Glory2 Man United!

Friday, March 6, 2009

sejahtera. . .tetapi malap~

aku ingin tidur

tetapi hati mahu mengejar

mengejar bayangan

bayangan yang menghantui diri

 

aku ingin terbang

tapi apakan daya

kudrat membataskan diri

lemah seperti lesu

 

 

 

tercipta tatkala diri diselubungi jiwa~

Monday, March 2, 2009

kata-kata emak. . .

pernah dulu. . .

sewaktu kecil emak selalu pesan. . .

jangan fikir apa kamu kata. . .

fikir apa yang emak kata. . .

maka kamu akan berjaya. . .

 

sewaktu dulu. . .

emak beritahu. . .

mak tak pernah menangis kerana diri. . .

mak menangis kerana kamu. . .

mak sayang kamu. . .

 

emak cakap. . .

jangan dikenang susah emak. . .

kenangkan angan2 kamu untuk senang. . .

mak senang melihat kamu. . .

melihat kamu berjaya. . .

 

emak pernah sebut. . .

mak sayang kamu. . .

mak taknak kamu jadi macam emak. . .

mak nak kamu jadi seseorang. . .

seseorang yang emak banggakan. . .

 

emak kata. . .

biarkan orang mencerca kamu. . .

walaupun itu salah kamu. . .

kamu mesti terima. . .

kerana mak percaya. . .

kamu akan jadi lebih terbaik. . .

 

emak bicara. . .

mak tak pernah luntur sayang kamu. . .

mak akan buat apa saja. . .

apa saja asalkan kamu gembira. . .

mak takkan berhenti sayang kamu. . .

 

emak bisik. . .

tidur lena-lena. . .

mimpikan kejayaan kamu. . .

esok kamu bangun dengan hati yang kukuh. . .

sekukuh sayang mak pada kamu. . .

 

emak. . .

titis mata ku hanya kerna aku sayang pada kamu. . .

sedih hati aku kerna aku rindu pada kamu. . .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .