Tuesday, March 31, 2009

30 minit di ‘kandang’

sebentar tadi, aku meluangkan masa makan di kandang bersama seorang rakan. biasalah. kehidupan kami di sini. kelas, kandang, kelas. rutin yang mungkin harian dan mungkin mingguan. perkara yang aku selalu buat pabila melawat kandang. perhati,perhati,perhati.

aku memilih untuk makan nasi lemak kukus lauk rendang kerang. semalam pun ditempat yang sama. lauk yang sama. cuma yang aku tertarik adalah sekitar kandang. aku lihat pelbagai ragam. sepasang kekaseh yang tanpa segan silu bermanja-manja di depan aku. siap berpeluk. sekumpulan ‘mak nyah’ berjalan ke arah kedai makan. dada memang dah timbul walaupun tak sebesar dada perempuan. geli. seorang amoi menjual DVD Pirate meja ke meja. nasib aku tak berminat sangat nak beli. tengah saving duit. sepasang mata memandang curi aku. aku membalas pandangan itu. seperti dipanah.haaaaa. macam-macam. itulah kehidupan yang manusia sering kehendaki. ia boleh menjadi keperluan. bila menghendaki sesuatu manusia pasti mahukannya menjadi realiti.

tapi aku tak rasa mengapa aku perlu melakukan seperti mereka lakukan. rakan yang menemani aku ada berkata, “budak tu masa bulan puasa lepas gaduh dengan awek dia, kesian aku tengok,”aku seperti merasakan perasaan yang sama. begitu sesintif terhadap perasaan seperti itu. kenangan.heeee. aku bukan mudah melupakan, tapi aku susah hendak mengingat. juga bukan senang untuk melahirkan sedangkan apa yang jiwa aku mahukan susah mahu diluahkan. maka aku luahkan di sini. tak salahkan wahai pembaca-pembaca aku.

sedikit aku terasa ketika menjejaki kaki dikandang, aku terasa keseorangan.

4 comments:

Huzaimah Mat Razaly said...

kau bukan susah hendak mengingat... tp kau mmg x suka untuk mengingati.

kau bukan ssh mahu meluahkan...tp kau mmg x nak luahkan...

ssb tu kau terasa keseorangan...tahu tak betapa egoisnya perasaan itu...

oleh itu, usah pertikaikan jiwamu andai tiada rasa ketenangan...

Unknown said...

aku ego...
hahhahaha

Huzaimah Mat Razaly said...

memang kau ego ngan perasaan kau sendiri...kau sedar...tp buat x tahu...x kisah...malas nak fikir, tu je la jwpn ko...kan..?

ape pun...aku nak nshtkan, kdg2 kita perlu beri ruang pada diri kita juga, biar sesibuk mana sekalipun...begitu juga antara kita dengan tuhan.

p/s jangan pernah menyesal, kerana kekesalan itu hanya membuang waktu. Tapi perlu berlapang dada kerana di situ selalunya tercipta bahagia

Unknown said...

yaa..aku perlkan ruang...masih byk ruang dihati aku...