Monday, March 9, 2009

Tuhan Pun Tahu. . .

 

“kalau kita fikir kita senang nak kata orang itu senang dengan kita, boleh je. tapi tak tahu apa maksud disebalik kata2 yang kita luahkan. sebenarnya apa yang kata dan mengata adalah melambangkan diri sendiri.”

 

aku susah mencari kawan.kawan serapat mungkin.kalau ada pun kawan ketawa dan kawan belajar. dalam hidup aku, aku tak pernah rasai erti sebenar berkawan. erti sebenar rasa sahabat. tapi dalam pencarian pasti ada kepahitan yang patut dirasai. dulu sekolah, selalu gaduh. benda kecil. sampai berminggu2 tak bertegur. even sampai sekarang aku tak lagi tegur dia. hahaha. tak tahu kenapa. ada yang memang geng. baik gilalah. tapi sebab benda kecil, gaduh. juga tak tegur sampai sekarang. mungkin zaman budak2 kot. hanya melakukan mengikut perasaan. dulu budak2 berkawan untuk bermain, tapi berkawan sekarang untuk apa? untuk diri sendiri atau untuk apa? hmmm. aku rasa untuk mencari erti kehidupan. merasai kehidupan sebagai hamba Tuhan. Tuhan pun tahu apa yang manusia lakukan.

sekarang dah ada kat universiti. keadaan amat berlainan. lain sangat. bukan macam kene heret dengan ayah. melawan sikit, habis kena belasah. tapi sekarang dah besar. pendekatan pun kenalah lain. bukan didekatkan dengan cara kanak2 tapi dekatkan dengan pemikiran. memang susah kehidupan ini kalau kita tak tahu apa yang nak diisi dalam diri. sesukar mencari siapa kawan dan siapa lawan. sesukar mencari siapa kasih dan siapa kisah. mula2 aku daftar sebagai sebahagian dari universiti. aku tak tahu siapa yang perlu aku rujuk dan siapa perlu kawan. sebab semuanya jadi seperti sebuah kehidupan yang sangat baru. aku keseorangan mencari identiti. identiti sendiri sukar sangat ditemui. setelah dua tahun, baru aku temui identiti aku. tapi bukan sepenuhnya. masih samar. kawan sangat penting. penting bagi aku. untuk mencari diri aku yang sebenar. yang selalu bertopeng dalam kehidupan.

setelah bermeditasi selama diri aku mahu. akhirnya aku selesa dengan keadaan yang dialami. senang sangat. tapi masih ada sedikit kekosongan. mungkin kekosongan itu unutk cinta aku. mungkin. bilalah kau mahu datang wahai cinta? sebenarnya aku mahu kalian tahu. bahawasanya aku adalah diri aku. selamanya diri aku. sekaliannya aku adalah aku yang mahukan kepastian.

 

 

p/s : sekarang pun masih sukar untuk mencari keselesaan….adoi!heh. . . .

6 comments:

Aidi Rahimi Ibrahim said...

bro, muda lagi lu... keliling dunia dulu, mungkin cinta ada di sebalik benua benua itu...:-)

TRAVEL!!!!

Unknown said...

keliling dunia bersama2 ngn diri yang sempurna....tq bro.....

Anonymous said...

npe mengeluh smpi mcm 2 skali??
ada hikmah yg tersembunyi disebalik ape yg berlaku. lumrah hidup manusia selalu mengharap yg lbih baik tapi ape yg kte rasa baik utk kte x semestinya yang terbaik. Allah dah atur kan yang lbh baik utk kte.. so bersyukur ar krn masih ada teman walau die bukan sahabat.

hehe.. p/s:sya pon msih tercari2 sahabat sejati.

Unknown said...

tanpa nama : betul kata kamu....lahir dari hati yang kecewa...

Anonymous said...

mata yang terbuka xsemesti ia melihat
mata yang tertutup xsemesti ia tidur.

buka mata dengan ruang y sempurna
tutup mata dengan rasa y selesa
pasti bahagia.

cyaiyok mr peace :D

fren ya........

Unknown said...

mata tutup dengan jiwa yang sesak..