Thursday, November 13, 2008

sayang pada kekasih...

sayang, jika aku mengenali kamu dahulu pasti aku akan melupakan kamu begitu pantas. tapi sekiranya aku tak mengenali kamu pasti aku akan mencari insan seperti kamu. apa yang aku rasakan sekarang adalah aku sangat sayang pada kamu wahai kekasih. kenapa kau sering menerbitkan kesangsian yang remeh dalam sayang kita? bukan aku meremehkan kamu tetapi aku sering berkecil hati dengan apa yang kamu lakukan sejak akhir-akhir ini. bukan maksud aku mahu menidakkan kamu, tetapi aku mahu ruang untuk aku bernafas dengan bebas. izinkan aku bebas menyelami hati kau dan hati aku sendiri. 

sayang, selalu aku berkata sendirian, tegarkah aku menyayangi kau? tegarkah aku dengan pendirian kamu? tegarkah aku menempiaskan cinta kepada kamu? persoalan itu yang sering bermain difikiran aku setiap kali dirimu bermain dikepala aku. aku sangat tak mahu apa yang berlaku sebelum ini. ia sangat menyakitkan dan sangat menghibakan. aku tahu kau begitu tegar menyayangi aku. aku tahu kau begitu tegar setia pada aku. dan aku tahu juga tanpa aku kau bagaikan kehilangan. maafkan aku sayang sekiranya tingkah aku akhir-akhir ini membuatkan kamu berjauh hati dan terbang. aku tetap sayang kamu.

sayang, jika kita ditakdirkan akan bertemu lagi akan aku sematkan didalam kepala bahawa sayamg yang mengisi kekosongan hati kita akan terisi.  jika aku menegnali kamu sewaktu aku mencari kehidupan, maka akan aku meyintai dan menyayangi kamu sepenuh jiwa. maafkan aku sayang. aku cuba menerima kau seadanya. tidak terlintas niat aku mahu mengecewakan kamu. ikhlas dari jiwa seorang pencari.



rindu pada kekasih~