Wednesday, October 8, 2008

kekosongan filem MELAYU.....


jiwa filem MELAYU masih kosong. itu yang aku dapat gambarkan setelah bertahun2 menonton filem MELAYU. kenapa ya? tiada kesempurnaan yang ditunjukkan di dalam filem MELAYU. penontonan aku ke atas filem MELAYU sangat kecewa bila tiba penghujungnya. wujud ketidakpuasatian setelah habis menonton.

baru sahaja beberapa jam aku menonton filem ANTOO FIGHTER arahan AZIZI 'CHUNK' ADNAN pada promosi filem di Dewan Sri Budiman UiTM. aku tak paham apa filem ini pada mulanya. satu saat mulanya filem ini. aku sungguh terpesona dengan penyampaian montajnya. bukan sahaja aku, rakan2 dan seluruh penonton di dalam DSB sangatlah terpegun dengan montajnya yang menampilkan kelainan. tabik spring aku berikan! dalam hati aku, 'gempak citer ni, mesti pasni mcm gempak'. aku sangat teruja untuk meneruskan penontonan.

mulanya dengan adegan mimpi watak utama yang dilakonkan RADHI OAG. sangat kelakar babak mimpi itu. hbs sahaja babak mimpi itu perjalanan cerita semacam membosankan aku. sehinggalah sampai di tengah2 plot, aku mahu tertidur. tak tahu kenapa. bosan. aku mula menjumpai 'kekosongan filem MELAYU' di dalam antoo fighter. ada juga adengan seperti di dalam POWER RANGERS. sungguh aku x paham kenapa perlu dibuat sebegitu. sampai kepada pengakhirannya filem ini dilihat kosong walaupun kekuatan plot ceritanya hanyalah klise kepada filem power rangers.

pengarah ada mengatakan sebelum penayangan bermula, "filem yang anda akan lihat ini adalah hanya sekadar draft sahaja, full filem belum siap. masih ada di THAILAND. krew cuti raya. filem yang anda semua akan lihat hanya siap 70% CGI nya sahaja. kalau nk lg gempak tgk kt panggung". aku mula berfikir. mungkin apa yang aku tonton ini hanyalah kerja setakat 'tangkap muat'. tapi tidak mengapa. aku akan pergi ke panggung untuk menonton sekali lagi filem ini. aku mahu lihat samada pengarah hanya cakap kosong atau filem ini sekadar tangkap muat sahaja.






p/s = cuti raya baru ni aku ada menonton filem I'M NOT SINGLE. aku suka idea filem ini. tapi aku masih kecewa, filem ini kosong. filem ini tersenarai di dalam 'kekosongan filem MELAYU'.............

2 comments:

Cik-MeGa said...

ada 2:
1. dari sudut positif- ok lar, nak bawak ala-ala power rangers masuk malaysia. percubaan menarik. juga, filem ini baru 70%. mungkin 100% lebih terserlah kesempurnaannya...

2. sudut negatif- berkarya bukan atas dasar nama seni. tapi, kepentingan peribadi...jelas kan?

Unknown said...

ungu : tapi aku rasa kenapa dia perlu tayangkan filem x siap?
sedangkan krew perlu siap sedia...inikan promosi filem..xkanlah nak tunjuk filem x siap...

pasal kepentingan peribadi itu aku setuju......director tu anak datuk....heheheheheheh